Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

BANGI – Barisan Nasional (BN) akan terus mengamalkan konsep ‘politik kesederhanaan’ walaupun menampilkan prestasi baik dalam keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota di Johor, semalam.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, langkah itu juga bakal digunakan bagi persediaan komponen itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

“Bukan hanya tertumpu satu negeri iaitu di Johor sahaja, sekarang kita perlu fikir persiapan ke arah PRU-16 nanti. Kita lihat di negeri lain pun telah ada (kemenangan).

“Jadi itu saya harap dengan cara kita (BN) bekerja ini, keserasian itu telah dapat kita bina  dari PRK Dun Nenggiri, Kuala Kubu Baharu (KKB) hingga ke Sungai Bakap.

“Dalam kata erti lain, jangan tertumpu (kemenangan) pada satu negeri tetapi turut tumpu pada negeri-negeri yang lain,” katanya.

Beliau mengulas gesaan Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda yang mahu BN di Johor menubuhkan Kerajaan Perpaduan selepas kemenangan PRK DUN Mahkota.

Terdahulu, beliau terlibat dalam program Jelajah Kampus Madani ‘In Person with Doc Zam: Tips & Tricks for Freshies’ bersempena Minggu Apresiasi Watan (MAW) Sesi 2024/2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

Zambry berkata, kerjasama di peringkat Kerajaan Perpaduan disifatkannya amat baik sehingga membawa kemenangan di beberapa siri PRK.

“Pertama, kerjasama di peringkat BN dan komponen BN yang bekerja dengan begitu baik sekali. Kedua, kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan ini kita nampak hasilnya, kita dapat bekerja sebagai satu pasukan tanpa wujud masalah.

“Paling utama (sekarang) ialah apakah bentuk kerajaan yang nak kita bentuk. BN akan terus dengan politik kesederhaan. Jadi (kita terbuka) kepada sesiapa saja yang nak berada dalam lingkungan politik kesederhanaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here