LONDON – Liverpool mendaki ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) susulan gol kemenangan hasil sepakan penalti Mohamed Salah memberikan kemenangan 2-1 ke atas Wolves di tempat lawan, pagi tadi.
Kejayaaan itu turut dibantu keputusan seri 1-1 antara Manchester City bertemu Newcastle United yang memberi peluang buat skuad kendalian Arne Slot memintas penyandang juara liga itu.
Liverpool kini memiliki kelebihan satu mata ke atas penyandang City dan Arsenal manakala Wolves kekal di tangga tercorot dengan satu mata selepas enam perlawanan.
Sementara itu, Salah meledak gol kemenangan selepas Nelson Semedo menjatuhkan bekas bintang Wolves, Diogo Jota.
Selang tiga minit kemudian, Semedo menjatuhkan Jota dalam kotak penalti, memberikan peluang Salah dengan penuh keyakinan mendapatkan gol kemenangan. – Agensi