Gambar hiasan

MACHANG- Reman seorang mudir sekolah agama yang disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) disambung tiga hari lagi.

Perintah sambung reman yang bermula esok sehingga Rabu ini dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias di Mahkamah Majistret Machang, Kelantan, hari ini.

Lelaki berusia 66 tahun yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Zuraidah Abdul Aziz direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Media sebelum ini melaporkan, mudir berkenaan direman empat hari bermula 26 September lalu sehingga hari ini.

Dia ditahan selepas pihak polis melakukan serbuan di Sekolah Rendah Integrasi Ikhwan di Pasir Puteh dan merampas 34 buku terbitan larangan berkaitan Abuya.

Penahanan terhadap mudir itu dilakukan pada jam 11 pagi, 25 September lalu di tepi sebuah kedai makan di Pasir Puteh.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here