Iz Emir. Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak mencatat sejarah apabila menjadi pelajar termuda pernah mendaftar masuk ke Universiti Malaya sejak penubuhannya pada tahun 1962.

Iz Emir yang berusia 12 tahun mendaftar semalam akan mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains dalam Matematik.

Dia kemudian meneruskan pengajian dalam O Level pada usia lapan tahun dan A Level pada usia 11 tahun.

Berdasarkan komen pengguna sosial, ramai berasa kagum dengan kebijaksanaan Iz Emir dan turut menyamakannya dengan Sheldon Lee Cooper, iaitu watak fiksyen dalam sitkom Amerika The Big Bang Theory. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here