Podcast MG menyentuh mengenai isu kes penderaan kanak-kanak di Malaysia sehingga terjadinya kematian yang membimbangkan ibu bapa dan masyarakat. Pada masa kini, Taska diwujudkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan bagi menampung permintaan tinggi ibu bapa yang bekerja.

Ada di kalangan masyarakat yang mengambil mudah menentukan siapa pengasuh anak mereka dengan mengabaikan perkembangan awal anak pada peringkat didikan di Taska.

Pelbagai pihak perlu cakna kepada isu ini bagi memastikan anak dijauhi daripada penderaan mental dan fizikal apatah lagi sehingga berlakunya kes kematian.

#podcastmg
#penderaankanakkanak

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here