KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) sebanyak 4.75 sen seunit bagi tahun kewangan sehingga bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2024.
Pendapatan ASM 3 diperoleh daripada keuntungan yang direalisasikan, dividen, serta sumber pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa.
ASM 3 telah merekodkan RM820.32 juta pendapatan bersih terealisasi tahun ini.
ASM 3 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM837.89 juta yang akan memanfaatkan 650,487 pemegang unit yang kini memiliki 17.64 bilion unit.
“Pengagihan pendapatan sebanyak 4.75 sen seunit mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada paras 2.69% sebanyak 206 mata asas bagi tahun kewangan sehingga 24 September 2024,” ujar beliau.
Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASM 3 adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana tersebut.
Pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 3 akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Oktober 2024.
Urus niaga ASM 3 di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari
28 hingga 30 September 2024. – MalaysiaGazette