TEHRAN – Seorang Senator Demokrat Amerika Syarikat (AS) mengakui rejim zionis menggunakan bom berpandu buatan negara itu dalam serangan Jumaat lalu ke atas Lubnan yang mengakibatkan kematian Sayyed Hassan Nasrallah, Setiausaha Agung Hezbollah.
Mark Kelly, Ahli Jawatankuasa Angkatan Bersenjata Senat AS memberitahu NBC News dalam satu wawancara pada hari Ahad bahawa rejim zionis menggunakan 900 kg (2,000 lb) bom Mark 84 dalam serangan tersebut.
Ini adalah kali pertama seorang pegawai Amerika bercakap secara jelas tentang penggunaan senjata negara itu dalam jenayah Israel di Lubnan.
“Kami melihat lebih banyak penggunaan peluru berpandu dan kami masih terus menyediakan senjata ini, kata Senator Arizona ini.
Terdahulu, akhbar The Washington Post turut menyemak imej yang diterbitkan oleh tentera zionis dan menulis pada hari Ahad bahawa Israel menggunakan bom 2000 paun yang dibekalkan AS dalam serangannya ke atas Beirut.
Hezbollah telah mengumumkan dalam satu kenyataan pada hari Sabtu bahawa Sayyed Hassan Nasrallah syahid dalam serangan jenayah di pinggir selatan Beirut pada petang Jumaat. – Agensi