KUALA LUMPUR – Beberapa laluan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat 5 hingga 6 Oktober ini bagi program larian bertaraf antarangangsa Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2024.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, seramai 361 pegawai dan anggota polis daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) akan ditugaskan mengawal lalu lintas sepanjang program terbabit berlansung.

“Bagi program ini, dianggarkan menarik minat lebih 45,000 peserta dari dalam dan luar negara dan pelepasan peserta akan mengikut empat kategori yang dipertandingkan bermula Sabtu dan Ahad ini.

“Polis akan membuat penutupan penuh secara berperingkat bermula dari 5 pagi sehingga 12 tengah hari pada Sabtu ini di jalan terlibat iaitu Jalan Kinabalu ke Jalan Leboh Pasar; Jalan Leboh Ampang; Bulatan Dato Onn; Jalan Kuching; Jalan Sultan Ismail; Jalan Laut; Jalan Tuanku Abdul Rahman; Jalan Raja Abdullah; Jalan Perak; Jalan P Ramlee; Jalan Tugu dan Jalan Tun Ismail,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu pada Ahad pula, penutupan jalan akan bermula 3 pagi sehingga 12 tengah hari di Jalan Kinabalu; Jalan Kasturi; Jalan Leboh Pasar; Jalan Leboh Ampang; Jalan Tun Perak; Jalan Masjid India; Jalan Raja Abdullah; Jalan Dang Wangi; Jalan Melaka; Jalan Sultan Ismail; Jalan P Ramlee; Jalan Raja Chulan, Jalan Nagasari; dan Jalan Hang Tuah.

Turut terlibat adalah Jalan Kampung Pandan; Jalan Imbi; Jalan Tun Razak; Jalan Bukit Bintang; Jalan Delima; Jalan Inai; Jalan Conlay; Jalan Persiaran KLCC; Jalan Kia Peng dan Jalan Pinang; Jalan Mayang; Jalan Jelatek; Jalan Kuching; Bulatan Segambut; Jalan Putra serta Jalan Tugu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan JSPT KL di talian 03-20719999 atau layari Facebook JSPTKL. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here