Gambar ihsan Bomba Pahang

KUANTAN – Tiga lelaki maut manakala dua wanita cedera dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 42 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Bentong pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.13 pagi.

Menurutnya, kejadian membabitkan empat buah kereta, sebuah lori tiga tan dan dua buah lori treler yang melibatkan keseluruhan 13 orang mangsa.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan sebuah treler terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Zulfadli memberitahu, dua wanita yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital menaiki jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan.

Manakala, tiga mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here