Foto IG Nora Danish.

KUALA LUMPUR – Pelakon Nora Danish mencuri perhatian netizen selepas berhijab apabila dia mengambil inisiatif mengajak pengikutnya dalam media sosial untuk sama-sama menghafal surah Al-Mulk.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata, dia kini sedang berusaha menghafal surah tersebut biarpun hanya baru berjaya mengingati lima baris ayat.

“Hai assalamualaikum semua, Nora sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk.

“Saya harap dengan perkongsian video ini, membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya.

“Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama menghafal. Jom dengar saya membaca, tolong semakkan,” katanya menerusi sebuah hantaran video yang dimuat semula peminatnya dalam TikTok.

Sebelum ini, Nora mengakui sering menghadiri majlis ilmu sejak Mei tahun lalu semakin menguatkan keinginannya untuk bertudung dan berubah ke arah muslimah lebih baik selain berkongsi doa dan zikir di media sosial.

Ujarnya, niat mengenakan hijab sudah tercetus sejak usia mencecah angka 40, namun ketika itu hatinya masih berbolak-balik atas beberapa sebab. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here