KUALA LUMPUR – Seorang lelaki kini diburu polis kerana meragut ramtai leher emas millik seorang jurujual kereta dalam kejadian di Setia Alam, Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa berusia 29 tahun sekitar jam 6.14 petang.

“Suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC berpura-pura memberitahu telah melanggar kereta mangsa jenis Mercedes Benz.

“Apabila mangsa keluar untuk melihat kerosakkan kenderaannya, suspek bertindak menarik rantai leher mangsa dan terus melarikan diri.

“Suspek hanya berjaya melarikan separuh sahaja rantai leher kerana sempat ditarik semula oleh mangsa.

“Kerugian kejadian itu dianggarkan lebih kurang RM1,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan perbuatan suspek itu turut dirakam menerusi ‘daschcam’ milik kenderaan mangsa hingga tular di media sosial.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Shatish ditalian 010-5643645

Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat.

Beliau meminta orang ramai lebih berhati-hati supaya tidak mudah terpedaya semasa berada di jalan raya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here