Gambar hiasan

ALOR SETAR- Situasi banjir di Kedah semakin pulih dengan mangsa yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini berkurangan kepada 633 orang daripada 212 keluarga.

Jumlah itu dilaporkan setakat jam 8.30 pagi hari ini berbanding 664 mangsa daripada 217 keluarga setakat jam 11 malam tadi.

Jumlah mangsa banjir di daerah Kota Setar adalah seramai 276 mangsa daripada 86 keluarga di tiga PPS.

Lima PPS di Baling menempatkan seramai 253 mangsa daripada 93 keluarga manakala di Pokok Sena pula seramai 103 mangsa daripada 32 keluarga di dua PPS setakat ini.

Laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air di tiga sungai menunjukkan trend peningkatan. Sungai Anak Bukit di Taman Aman, dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR melepasi paras amaran, manakala Sungai Kedah di Jambatan Lebuh raya, berada pada tahap waspada.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di daerah Kampar kekal seramai 16 orang daripada lima keluarga, masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan.

Selain itu, JPS turut memaklumkan bahawa paras air Sungai Perak di Kuala Kenderong, Hulu Perak kekal berada pada tahap bahaya dengan bacaan paras air setinggi 113.78 meter. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here