Datuk Ir Razali Kassim

KUANTAN – Jalan Mempaga–Bukit Damar yang dibaik pulih bermula hari ini dijangka menjadi laluan pintas untuk ke Lanchang.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Razali Kassim berkata, kerja membaik pulih laluan sepanjang kira-kira 20 kilometer itu melibatkan 5.9 kilometer di daerah Bentong dan 14.1 kilometer di daerah Temerloh.

Katanya, kerja baik pulih fasa pertama akan mengambil masa sebulan dan  kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi kerja membaik pulih sejauh dua kilometer pertama dan selebihnya akan dilaksanakan secara secara berperingkat

“Laluan ini perlu diperbaiki segera kerana merupakan laluan utama bagi penduduk sekitar dari Felda Lakum, Felda Mempaga dan Bukit Damar, perkampungan Orang Asli dan orang ramai yang menggunakan susur keluar ke Lanchang dari Lebuhraya Pantai Timur (LPT),” katanya, hari ini.

Menurut Razali, laluan terbabit sempit dan dilalui oleh kenderaan berat menyebabkan bahagian tepi jalan pecah. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here