Masoud Pezeshkian. Foto IRNA

TEHRAN – Iran tidak berperang tetapi tindakan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) membedil peluru berpandu ke arah Israel kerana menentang sebarang ancaman terhadap keselamatan negara dan rakyatnya.

“Benjamin Netanyahu harus tahu bahawa Iran tidak berperang, tetapi berdiri teguh menentang sebarang ancaman.

“Ini hanyalah sudut kuasa kita. Jangan masuk ke dalam konflik dengan Iran.

“Berdasarkan hak yang sah dan dengan tujuan keamanan dan keselamatan untuk Iran dan rantau ini, respons tegas ini diberikan kepada pencerobohan rejim zionis. Tindakan ini adalah untuk membela kepentingan dan rakyat Iran,” tulis Pezeshkian di akaun X

Dalam pada itu, media rejim Israel melaporkan berlakunya letupan besar-besaran di beberapa pangkalan tentera rejim itu akibat peluru berpandu Iran.

Menurut agensi berita Sama, jurucakap tentera rejim zionis mengumumkan peluru berpandu Iran telah membedil bahagian tengah dan selatan wilayah yang diduduki.

Menurut laporan itu, bedilan itu menyebabkan , pangkalan tentera Israel menyaksikan letupan berturut-turut dan mengalami kesan dahsyat akibat peluru berpandu Iran. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here