Bruno Fernandes (kanan). Foto Sky Sports.

LONDON – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes didapati tidak bersalah dalam insiden kekasaran yang menyebabkan dirinya dilayangan kad merah oleh pengadil perlawanan.

Fernandes dilayangkan merah ketika kekalahan 3-0 kepada Tottenham Hotspur di Old Trafford pagi Isnin lalu selepas dia mengasari James Maddison pada minit ke-42.

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, rayuan United untuk mempertikai keputusan pengadil akhirnya berjaya apabila kapten Manchester United itu disahkan akan terlibat untuk tiga perlawanan seterusnya.

Pihak kelab juga mengumumkan Fernandes akan terlibat untuk perlawanan liga yang seterusnya tanpa menjalani apa-apa pergantungan perlawanan.

“Bruno Fernandes akan tersedia untuk tiga perlawanan United seterusnya selepas rayuan Kad Merahnya berjaya diterima.

“Pemain tengah itu dilayangkan kad merah kerana kesalahan serius semasa perlawanan Liga Perdana inggeris menentang Tottenham Hotspur pada 29 September lalu.

“Fernandes terlepas perlawanan liga menentang Aston Villa, Brentford dan West Ham, tetapi kini dia akan tersedia selepas rayuan ini berjaya.” ujar kenyataan United itu.

Fernandes akan menerajui United dalam aksi Liga Europa menentang FC Porto di Portugal pagi esok.

United kini di tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris pada tujuh mata selepas enam perlawanan. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here