Foto RTM

ALOR SETAR – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Santap di Kampung Baru Telaga Mas dekat Pokok Sena hari ini.

Ketua Zon I Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminduddin Abd Rahim berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Noor Fadzli Mustafa, 25, dari Jalan Sanglang, Kodiang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.25 pagi.

“Bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian dan mendapati sebuah kereta terbabas ke dalam sungai dan terdapat seorang mangsa di dalam kenderaan berkenaan.

“Mangsa berjaya dibawa keluar dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here