Operasi SAR pekerja penyelenggaraan kereta kabel yang terjatuh di Langkawi. Foto BOMBA

KUALA LUMPUR- Seorang pekerja penyelenggaraan perkhidmatan kereta kabel (SkyCab) di Gunung Machincang, Langkawi dikhuatiri terjatuh

Ketua Bomba Zon 4 Langkawi, Mohd Zamri Abd Ghani berkata, mangsa, Khairul Nizam Jaffar, 41, dilaporkan terjatuh dari platform tingkat dua pada ketinggian antara 40-50 meter.

Menurut beliau, keadaan mangsa belum dapat dipastikan kerana pasukan bomba masih lagi dalam operasi mencari dan menyelamat di lokasi.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 1.15 tengah hari tadi sebelum sebuah jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat dikejarkan ke lokasi.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan selepas mendapat maklumat lanjut daripada pegawai operasi,” katanya.

Berita lanjut menyusul. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here