Sebnahagian kanak-kanak yang menyertai perarakan Maulidur Rasul di Taman Kencana baru-baru ini.

AMPANG – Mengingati Rasulullah SAW merupakan keutamaan kepada semua umat Islam.

Ia bukan sahaja sempena sambutan Maulidur Rasul sahaja kerana baginda merupakan nabi terulung dan terakhir kepada umat Islam.

Menyedari pentingnya budaya mengingati Nabi SAW – Surau Nur Iman di Taman Kencana di sini turut menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.

Pengerusinya, Suhaimi Mat Arshad berkata, walaupun penganjurannya lebih menekankan usaha memupuk kanak-kanak di taman itu mengenai kelebihan berselawat kepada Nabi SAW.

“Semasa Maulidur Rasul, ramai anak-anak tiada kerana bercuti sekolah namun kita adakan majlis ini selepas mereka kembali daripada bercuti,” katanya baru-baru ini.

Menurut Suhaimi, antara aktiviti yang diadakan termasuk berarak sambil berselawat, ceramah perdana, persembahan kanak-kanak, kuiz dan anugerah Tokoh Maal Hijrah Taman Kencana.

Selain itu, majlis yang sama diadakan bagi menghidupkan suasana solat berjemaah dan merapatkan perhubungan sesama penduduk taman.

“Taman Kencana ini kecil dan penduduknya tidak ramai tapi kami berharap usaha mengimarahkan surau dengan aktiviti keagamaan dapat menyatukan kami,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here