Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tujuh negeri petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu di negeri Kedah termasuk kawasan di Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan di Pulau Pinang. Di Perak pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Turut diramalkan di beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu di Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin,” menurut kenyataan tersebut.

Kawasan di Kelantan melibatkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai, sementara di Terengganu pula melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

“Seterusnya di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin. Beberapa kawasan di Selangor seperti Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat turut diramalkan berlakunya ribut petir, hujan lebat dan angin kencang,” katanya MetMalaysia lagi.

Selain daripada itu, turut dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan di Melaka.

Manakala di Johor pula melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Menerusi kenyataan itu lagi, beberapa kawasan di Sabah turut diramalkan berlakunya ribut petir dan hujan melibatkan kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Sandakan) dan Kudat.

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” kata MetMalaysia lagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here