Pelakon, Fazura

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan, Nur Fazura memberi bayangan baharu mengenai rumah tangganya apabila memberi kata-kata semangat buat seorang wanita yang dicurangi suami selepas mengambil pekerja wanita muda.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin mengungkapkan semoga wanita terbabit dikurniakan ketabahan berdepan dengan dugaan rumah tangga.

“Assalamualaikum sis. Pelukan dan rasa kasih sayang paling mendalam yang boleh saya berikan buat anda.

“Semoga terus kuat,” tulisnya menerusi muat naik status dalam platform X.

Sebelum itu, wanita berkenaan memuat naik status dalam aplikasi sama dengan mendedahkan suaminya berlaku curang dengan stafnya yang jauh lebih muda berbanding dirinya.

“Bulan lepas saya ada ambil seorang staf (bekerja). Muda dan cantik. Saya perasan suami saya layan dia sangat berbeza berbanding staf lain.

“Saya memang dah berprasangka macam-macam sebab banyak sangat insiden macam hantar staf balik rumah,” katanya.

Namun ada netizen  yang mempersoalkan tindakan Fazura yang ibaratnya mencurah minyak ke dalam api.

Sebelum ini Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, tidak bersetuju melepaskan Fazura, 41, kerana mengakui masih menyayangi isterinya itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Oktober depan bagi perbicaraan selanjutnya.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di mahkamah yang sama.

Fattah bagaiamanapun mengakui terkejut menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast