Friday, October 4, 2024
Home Sukan Pemain muda Selangor II, JDTII dipanggil sertai kem latihan Harimau Malaya

Pemain muda Selangor II, JDTII dipanggil sertai kem latihan Harimau Malaya

Haykal Danish.

KUALA  LUMPUR – Pemain muda dari Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Selangor bawah 23 tahun menjadi antara muka baharu yang menghiasi panggilan kem latihan pusat Harimau Malaya.

Ia menjelang pertemuan aksi persahabatan antarabangsa menentang New Zealand, 14 Oktober ini.

Skuad kendalian Pau Marti Vicente turut menyaksikan pertama kali penjaga gol baharu, Haziq Aiman Esa menyertai skuad kebangsaan pada usia 19 tahun selain Haykal Danish Haizon turut  diserap ke skuad utama bermula Ahad ini.

Dua pemain ini beraksi ketika kelayakan Piala Asia B-20 Tahun baru-baru ini di mana Malaysia gagal untuk melayakkan diri ke saingan tahun hadapan.

Haziq Aiman Esa.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, Pau Marti telah mengekalkan seramai 23 daripada 26 pemain dari skuad yang menjuarai Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan Filipina 2-1 di separuh akhir pada 4 September 2024 dan menewaskan Lubnan 1-0 pada final pada 8 September 2024, kedua-dua perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pemain tengah Sabah, Stuart Wilkin yang tidak bersama pasukan ketika Pestabola Merdeka 2024 kembali dipanggil kali ini bersama-sama tiga muka baharu iaitu penjaga gol Selangor FC, Azim Al Amin Kamaruddin.

Skuad Harimau Malaya akan berlepas terus ke Auckland pada 6 Oktober 2024 untuk menjalani kem latihan pusat di sana selama seminggu bagi menghadapi perlawanan menentang New Zealand pada 14 Oktober 2024 dan kembali ke tanah air, hari berikutnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here