sembilan individu termasuk emoat isteri ahli lembaga pengarah tertinggi GISBH dilanjutkan reman di shah alam pada Jumaat.

SHAH ALAM – Sembilan individu disyaki ahli Global Ikhwan Servies and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) disambung reman bagi memnatu siasatan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Daripada jumlah itu, tujuh orang merupakan wanita termasuk empat orang isteri kepada ahli Lembaga Pengarah GISBH.

Perintah perlanjutan reman terhadap kesemua individu berusia antara 18 hingga 55 tahun itu dibenarkan oleh Majistret M Mageshwary.

Tujuh wanita termasuk empat isteri kepada Ahli Lembaga Pengarah GISBH disambung reman selama sehari manakala dua lelaki direman selama dua hari selepas tempoh reman mereka selama tujuh hari tamat hari ini.

Kesemua mereka diwakili peguam Boestamam Ahmad, Dorina Abdullah dan Najib Zakaria.

Sementara itu, Boestamam berkata, kesemua individu terbabit sebelum ini ditahan polis di sekitar Rawang pada 27 September lalu.

“Mahkamah hari ini (Jumaat) membenarkan lanjutan reman selama satu hari terhadap tujuh wanita, manakala dua hari terhadap dua lelaki untuk siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

“Wanita ini dijangka akan dibebas dengan jaminan polis pada petang ini (Jumaat),” katanya kepada pemberita.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan polis akan memohon perintah perlanjutan reman terhadap 24 ahli GISBH termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu susulan tempoh reman mereka tamat pada hari ini.

Polis telah membekukan 206 akaun berkait GISBH bernilai lebih RM1.35 juta membabitkan 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta serta satu akaun bank berjumlah AS$1,344.26 (RM5,688.80).-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here