BUKIT MERTAJAM – Hanya dalam tempoh tiga jam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 47 keping saman kepada pemandu yang didapati tidak menggunakan tali pinggang keledar dalam satu operasi di Jalan Muthu Palaniappan, di sini, kelmarin.

JPJ Pulau Pinang dalam kenyataan berkata, penguatkuasaan secara berfokus di kawasan tersebut dibuat oleh Unit Falcon JPJ negeri.

“Penguatkuasaan dibuat di bawah Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 iaitu bagi kesalahan tidak pakai tali pinggang keledar semasa memandu.

“Sebanyak 47 notis saman dikeluarkan kepada pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan itu semasa memandu,” kata di Facebook hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, pemandu kenderaan persendirian dinasihati supaya mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar bagi memastikan keselamatan semasa memandu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast