Pulau Diego Garcia. Foto: FB Awam

LONDON – United Kingdom (UK) bersetuju untuk menyerahkan kedaulatan Kepulauan Chagos kepada Mauritius menerusi satu perjanjian bagi memastikan operasi kemudahan ketenteraan UK-Amerika Syarikat (AS) pada masa depan dapat diteruskan.

“Di bawah terma perjanjian United Kingdom akan bersetuju kedaulatan Kepulauan Chagos di bawah Mauritius, termasuk Diego Garcia.

“Pada masa sama, kedua-dua negara komited terhadap keperluan dan akan bersetuju dengan penjanjian ini, bagi memastikan operasi jangka masa panjang, berkekalan dan efektif kepada pangkalan Diego Garcia yang memainkan peranan penting keselamatan serantau dan global,” menurut satu kenyataan bersama kedua-dua negara itu.

Di bawah perjanjian itu, UK dibenar melaksanakan hak-hak kedaulatan dan kuasa ke atas Mauritius, termasuk Diego Garcia, untuk tempoh selama 99 tahun.

Kini Mauritus akan bebas melaksanakan program penempatan semula Kepulauan Chagos, kecuali Diego Garcia.

UK akan mewujudkan satu dana amanah baharu dan menyediakan sokongan lain untuk manfaat penduduk Kepulauan Chagos, menurut kenyataan itu.

Katanya, perjanjian tersebut akan membuka ‘era baharu untuk ekonomi, keselamatan dan alam sekitar’ kedua-dua negara.

Bagi memastikan perkongsian itu terjalin, UK akan menyediakan pakej sokongan kewangan kepada Mauritius, termasuk ‘indeks pembayaran tahunan untuk tempoh perjanjian tersebut’ dan ‘pengwujudan transformasi perkongsian infrastruktur’.

Perjanjian berkenaan dicapai dengan sokongan penuh dan bantuan AS dan India, tambah kenyataan itu. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here