KUALA LUMPUR – Masjid Az-Zahrawi, yang terletak di kawasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah mengadakan solat Jumaat pertamanya hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Na’im Mokhtar berkata, pembinaan masjid itu diharap akan dimanfaatkan warga HKL dan pengunjung yang datang ke hospital tersebut
“Alhamdulillah setelah setahun masjid ini dibina, kita dapat bersama-sama berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat.
“Saya mohon ahli jawatankuasa masjid bekerjasama untuk menjaga masjid ini bagi kegunaan orang ramai,” katanya ketika beucap pada majlis Perasmian Majlis Pengisytiharaan Diri Solat Jumaat Pertama di Masjid Az-Zahrawi, di sini, hari ini.
Masjid ini dibina oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kos RM15.1 juta yang mampu menampung 3,000 jemaah itu dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik jenazah, lif, dan kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
Reka bentuknya menggabungkan senibina Islam moden dengan elemen geometri serta menara ikonik.
Pembinaannya adalah untuk memenuhi keperluan jemaah yang semakin meningkat, terutamanya semasa solat Jumaat. – MalaysiaGazette