Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh pokok di Jalan Iskandar Shah, berhampiran Bangunan Persekutuan Seri Manjung, Perak, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.10 pagi dan segera menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian.