Tangkap layar sebuah video yang tular memaparkan penari membuat persembahan dengan pakaian mencolok mata dalam program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di sebuah hotel di Bandar Penawar, Desaru, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Tular berlaku persembahan kurang sopan dalam program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di sebuah hotel di Bandar Penawar, Desaru di sini semalam.

Menerusi video berdurasi tujuh saat yang tular dalam sebuah Facebook komuniti di sini memaparkan sekumpulan penari wanita membuat persembahan dengan pakaian mencolok mata.

Mohd Latif Talib yang memuat naik hantaran dalam Facebook berkenaan, melahirkan rasa kesal dengan program tersebut yang diadakan selama empat dan berakhir esok.

Beliau mempersoalkan pihak yang memberi kelulusan mengadakan program seperti itu kerana para peserta mengenakan pakaian tidak sopan dan keterlaluan.

“Lain macam pakaian diorang. Memang teruk sangat dressingnya dan seperti macam ada golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dalam perarakan tu.

“Sebabnya ada yang berstokin pelangi dan geng-geng lembut. Lepas tu malamnya ada pulak persembahan joget ‘maut’ camtu. Teruk sangat dah ni. Kat tempat terbuka tu.

“Silap-silap pesta minum arak pun ada tu. Tak salah kalau nak anjurkan fun walk cam tu. Tapi hormat la sikit. Jaga la sikit cara berpakaiannya. Ini bukan negara Barat.

“Apa nak jadi dengan Bandar Penawar ni. Risau bala datang nanti kang. Kawasan yang bermajoriti Melayu Islam tapi ada event camtu,” tulisnya.

Difahamkan peserta program tersebut adalah pelancong dari luar negara yang berpakaian tidak senonoh malah separuh bogel.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast