Kempen Shine Bright This Deepavali anjuran Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) sempena sambutan Deepavali.

KUALA LUMPUR – Kempen Shine Bright This Deepavali anjuran Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) sempena sambutan Deepavali tidak lama lagi mendapat pujian Kementerian Perpaduan Negara.

Menurut Timbalan Menteri, Saraswathy Kandasami, Mydin sentiasa tampil dengan pelbagai program serta kempen bermesej menggunakan platform tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Sebagai contoh, di sebalik penganjuran program itu, Mydin tampil memberikan pelbagai sumbangan kepada komuniti India yang memerlukan bantuan terutamanya ketika musim perayaan.

“Saya sentiasa teruja apabila berpeluang untuk hadir program-program CSR seperti anjuran Mydin ini kerana bukan sahaja pelbagai tawaran menarik selain daripada memastikan harga mampu milik serta murah diberikan kepada pelanggan khasnya ketika musim perayaan.

“Penganjur juga tampil dengan sumbangan berupa bakul makanan dan baucer tunai bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan. Ini menunjukkan komitmen Mydin dalam menyokong masyarakat dan memperkukuhkan perpaduan.

“Banyak program kebudayaan India yang sarat dengan pelbagai mesej turut ditonjolkan dalam keterujaan masyarakat India menyambut Deepavali, ini juga memberikan peluang kepada saya sendiri untuk mengimbau kembali kenangan manis ketika saya kecil,” katanya.

Saraswati lagi berharap lebih ramai korporat dan lain-lain nama besar akan dapat ‘mewarnakan’ sambutan perayaan dengan mesej keharmonian, perpaduan antara kaum di negara ini.

Mydin melalui program tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin ‘Cahaya Prihatin’ berkolaborasi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara untuk memberikan sumbangan kepada 200 keluarga masyarakat India yang kurang berkemampuan di sekitar Selangor. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here