Bangunan Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR- Enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan, pagi tadi.

Wisma Putra dalam kenyataannya memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.

Ini menjadikan jumlah rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang berjaya dievakuasi keluar dari Lubnan dalam tempoh dua hari yang lalu seramai 17 orang.

Jelasnya lagi, walaupun keadaan semakin mencabar di Lubnan, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah berjaya mengaturkan penerbangan pulang ke Malaysia bagi semua baki rakyat Malaysia yang masih berada di negara itu.

Mereka dijangka tiba di Malaysia secara berperingkat pada Isnin dan Selasa minggu ini.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here