Asnoramirul Daniel Awang Saripuddin semasa mendaftar bagi kemasukkan pelajar baharu sesi 2024/2025 di Universiti Putra Malaysia.

SERDANG – Walaupun membesar dalam keluarga yang berlatar belakangkan
dunia perniagaan namun bukan hambatan bagi Asnoramirul Daniel Awang Saripuddin untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Aeroangkasa.

Gigih untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga dan dirinya, Asnor, 23, yang merupakan usahawan muda dalam peniagaan cookies bertekad menyambung pengajian dalam bidang
Aeroangkasa di Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Saya sememangnya minat dan bercita-cita untuk membuka peniagaan sendiri pada masa
hadapan untuk meneruskan legasi keluarga yang memang berlatar belakangkan dunia
peniagaan

Asnor akan mendaftar bagi kemasukkan pelajar baharu sesi 2024/2025 di Universiti Putra
Malaysia (UPM) berkata, beliau sudah membuat persiapan dan bersedia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Aeroangkasa

Dengan mengambil kira cabaran dunia yang semakin kompetitif khususnya bagi generasi
muda pada masa kini, melanjutkan pengajian bukan sahaja membuka peluang pekerjaan
yang lebih baik, malah alternatif untuk merangkul ilmu baharu.

“Meskipun, saya berminat dalam dunia peniagaan tetapi mencuba suatu ilmu yang baharu
bukan satu kesalahan kerana dengan ilmu yang ada akan membentuk nilai serta kualiti
dalam diri kita.

“Persaingan dalam alam pekerjaan juga, turut menjadi dorongan saya melanjutkan
pengajian di peringkat Bacelor,” kata anak kelahiran negeri di bawah bayu.

Sebaik tamat pengajian Bacelor Kejuruteraan Aeroangkasa dengan Kepujian, UPM,
Serdang, beliau berhasrat untuk memasuki Turkish Aerospace, menerusi pengalaman
tersebut beliau turut ingin mengembangkan lebih lagi peniagaan yang diceburinya.

“Sukar pada saya untuk memilih salah satu daripada kerjaya yang diminati, kerana saya
amat meminati kedua-dua bidang tersebut, tetapi tiada yang mustahil, kerana saya yakin
saya mampu merangkul kedua-dua bintang tersebut meskipun tinggi di langit angkasa,”
katanya.

Usahawan muda ini juga berkata, dorongan serta sokongan nasihat daripada kedua orang
tuanya antara pemangkin beliau melanjutkan pengajian.

“Titipan sebelum berangkat menaiki pesawat, jangan tinggal solat, Insya-Allah berjaya.
Antara pesanan yang saya sematkan, sebagai anak perantauan yang keluar mencari ilmu.

“Kepada pelajar borneo yang lain jangan pernah jemu menuntut ilmu kerana ilmu adalah
akar umbi kepada kejayaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here