Dua beranak maut selepas terlibat kemalangan di Jalan Transkrian, Nibong Tebal hari ini.

NIBONG TEBAL – Dua beranak maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Jalan Transkrian, di sini, hari ini.

Kejadian jam 1.20 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Mohd Shamsulnizam Md Yusop, 49, dan anaknya, Muhammad Ammar, 9, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan pada anggota badan.

MalaysiaGazette difahamkan, penunggang motosikal tersebut datang dari arah bertentangan sebelum melintas pembahagi jalan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, pemandu kereta jenis Honda Civic yang melalui laluan tersebut tidak sempat mengelak sebelum terlanggar penunggang motosikal terbabit.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar berhubung kemalangan tersebut di media sosial. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here