Pelakon, Abdul Fattah Mohd Amin beredar selepas disahkan bercerai dengan isterinya, Nur Fazura Sharifuddin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam. Foto SADIQ SANI, 07 OKTOBER 2024

SHAH ALAM – Pelakon terkenal, Fattah Amin menyangkal dakwaan berlaku curang terhadap isterinya, Fazura atau sebenarnya Nur Fazura Sharfifuddin, 41, sepanjang tujuh di alam rumah tangga.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata, dia terkejut dan pelik dengan tuduhan itu sedangkan perkara tersebut tidak pernah ditimbulkan sepanjang proses mereka bercerai.

“Kesemua itu saya nafikan malah peguam dia (Fazura) sudah cakap tiada kes curang, tapi kenapa tiba-tiba dia kata ada kes curang?

“Itu semua tidak betul. Saya pun ada bukti dan itu tomahan untuk memalukan serta cemarkan nama baik saya dan kita telah ada perjanjian sebelum saya lafaz tadi.

“Sepatutnya dalam perjanjian kita menjaga aib dan tidak cemarkan nama masing-masing itu, perjanjian kita telah persetujui bersama dan saya agak terkejut dengan kenyataan ini,” katanya.

Tegas pelakon drama Lelaki Terakhir itu bahawa penceraian mereka adalah disebabkan tiada persefahaman malah menafikan tidak pernah mengabaikan nafkah terhadap keluarganya.

“Ya saya terkejut dan sedih apabila ada kenyataan seperti itu daripada dia (Fazura). Hanya tiada persefahaman itu sahaja. Jangan main sentimen tidak beri nafkah.

“Kalau mengenai tidak diberikan nafkah, saya ada bukti penyata bank yang menunjukkan transaksi semua ke keluarga. Mungkin itu tak cukup untuk dia,” sindirnya.

Terdahulu, pasangan filem ‘Pendekar Awang’ sah bercerai talak satu pada jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Fattah dan Fazura mendirikan mahligai pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4 tahun. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here