Gambar hiasan

KARACHI – Dua warga China maut selepas letupan berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di sini.

Kedutaan China di Pakistan berkata, “ramai kakitangan Pakistan terbunuh dan cedera” dalam letupan yang berlaku sekitar 11 malam waktu tempatan (17:00 GMT).

Namun setakat ini jumlah kematian keseluruhan masih belum dipastikan.

Kedutaan mendakwa, serangan itu menyasarkan konvoi jurutera China yang bekerja untuk projek jana kuasa di wilayah Sindh negara itu.

Tentera Pemisah Pembebasan Balochistan (BLA) – yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini melakukan serangan ke atas warga China yang terlibat dalam projek mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin, kumpulan militan itu berkata, ia telah “mensasarkan konvoi peringkat tinggi jurutera dan pelabur China” yang tiba dari Lapangan Terbang Karachi.

Kedutaan China berkata, kumpulan jurutera itu adalah sebahagian daripada syarikat yang dibiayai oleh China Port Qasim Power Generation Co Ltd, yang bertujuan untuk membina dua loji jana kuasa arang batu di Port Qasim, dekat Karachi.

Kilang itu adalah sebahagian daripada koridor ekonomi China-Pakistan, yang juga membiayai beberapa projek infrastruktur dan tenaga di wilayah Balochistan Pakistan, yang mempunyai bekalan sumber asli yang kaya, termasuk gas dan mineral.

BLA bersama-sama kumpulan etnik Baloch yang lain kerap menyasarkan warga China di rantau itu, mendakwa penduduk etnik Baloch tidak menerima bahagian kekayaan mereka yang diambil pelabur asing.

Pakistan kini meningkatkan tahap kselamatan ketika ia bersedia untuk menjadi tuan rumah sidang kemuncak para pemimpin Pertubuhan Kerjasama Shangai (SCO).

Letupan dilaporkan kedengaran di pelbagai kawasan sekitar bandar, dengan rakaman daripada media tempatan menunjukkan asap tebal dan kereta dibakar.

Menteri Dalam Negeri Sindh Ziaul Hasan Lanjar berkata, letupan itu berkemungkinan berpunca daripada bahan letupan buatan (IED).

Seorang pakar bedah polis, Dr Summaiya memberitahu Dawn News: “Seramai 10 orang yang cedera, termasuk seorang dalam keadaan kritikal, telah dibawa ke Jinnah Postgraduate Medical College (JPMC)”. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here