Sayur yang dikumpulkan dibungkus sebelum diserahkan kepada penerima manfaat

“WAHAI saudara kami di Jordan, Lubnan, Mesir, Algeria, Maghribi, di Pakistan, Malaysia, Indonesia dan seluruh negara Arab dan Islam.”

“Mulakan perjalanan hari ini dan bukan esok ke arah Palestin. Jangan jadikan sempadan, organisasi, ikatan menghalang kalian daripada jihad dan penyertaan dalam membebaskan Masjid al-Aqsa.” – Muhammad al-Deif, Komander Briged Izzudin al-Qassam, 7 Oktober 2023. 

Ketika serangan bermula pada 7 Oktober 2023, pasukan Persatuan Cinta Gaza Malaysia sedang menjalankan program di Ummah Hall, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

Serta merta, arahan dikeluarkan kepada beberapa jabatan berkaitan untuk berkumpul di pejabat, mengaktifkan mood war-room, menantikan kemaskini situasi di lapangan daripada ahli pasukan yang berada di Gaza dan menggerakkan pelancaran kempen Emergency4Gaza. 

Abad ke-21 baru memasuki tahun ke-24, namun serangan Israel ke atas Gaza, Lubnan, Iran, Yaman, Iraq, Syria ini boleh dianggap sebagai konflik yang paling besar dalam sejarah dunia.

Setakat semalam, sejumlah 41,780 nyawa telah terkorban, ini tidak termasuk 10,000 jasad yang masih berada di bawah runtuhan bangunan. Dengan hampir 100,000 orang cedera sepanjang serangan Israel ke atas Gaza berlaku, masih tiada tanda segala serangan ini akan segera berhenti. 

Antara perkembangan lain di dalam serangan kali ini, Israel juga mula menyerang negara-negara yang menyokong para pejuang pembebasan Palestin.

Gerakan Hezbollah yang berpusat di Lubnan antara gerakan yang paling kuat menyerang Israel, dan Israel mula menjalankan operasi serangan melalui darat, memasuki sempadan Lubnan tanpa ada yang menghalang.

Ini termasuklah serangan ke atas kem pelarian warga Palestin terbesar di Lubnan, Kem Ein el-Hilweh yang terletak di kawasan Saida, bandar ketiga terbesar di Lubnan. 

Taufan al-Aqsa: Kaca mata kemanusiaan

Serangan Israel ke atas Gaza ini bukan sekadar serangan melalui senjata, namun ia turut melibatkan serangan terhadap mental warga Gaza.

Semenjak 7 Oktober 2023, pelbagai laporan telah dikeluarkan terutamanya oleh pakar daripada PBB; menyatakan bahawa selepas sembilan bulan serangan berlaku, masalah kebuluran mula merebak ke seluruh Gaza.

Ini tidak termasuk laporan-laporan awal berkenaan kekurangan zat makanan, ketidakjaminan makanan, akses yang terhad kepada barang bantuan, sekatan perjalanan untuk barang-barang bantuan memasuki Gaza dan lain-lain lagi. 

Disember 2023, jangkaan terhadap cabaran yang bakal ditempuhi warga Gaza makin memuncak kerana ketika itu dianggarkan 1.8 juta jiwa kehilangan tempat tinggal dengan musim sejuk yang melanda.

Bantuan makanan, alat pemanas, bahan bakar, akses kepada air bersih, pakaian musim sejuk antara menjadi fokus badan-badan kemanusiaan seluruh dunia; memastikan warga Gaza dapat terus bertahan dalam keadaan serangan Israel yang bertali arus. 

Mac 2024, Integrated Food Security Phase Classification (IPC), sebuah sistem pemantauan kelaparan PBB menyebutkan bahawa hampir 1.1 juta warga Gaza terkesan dengan risiko “bencana ketidakjaminan makanan,” disebabkan oleh kekurangan bekalan makanan yang melampau, yang akan membawa kepada kekurangan zat makanan terutama kepada kanak-kanak, kebuluran malah kematian. Ini tidak termasuk akses kepada air bersih yang terhad. 

Setahun Taufan al-Aqsa berlaku, Persatuan Cinta Gaza Malaysia telah pun menyalurkan RM28,481,297.49, hasil sumbangan rakyat Malaysia. Bantuan yang disalurkan terdiri daripada 21 jenis bantuan dengan perincian berikut: 

Bil. Bantuan Jumlah (RM)
1. Bekalan Bahan Api 240,146.50
2. Alat Kelengkapan Penyelamat 88,740.98
3. Bantuan Perubatan 1,059,331.00
4. Pek Makanan Asas 2,040,209.89
5. Makanan Panas 3,660,257.73
6. Bantuan Roti 373,573.30
7. Kewangan 7,000,823.81
8. Pek Sayuran 945,798.25
9. Pek Buahan 245,434.00
10. Tilam 84,600.00
12. Bantuan Pakaian 840,599.70
12. Khemah Nylon 462,000.60
13. Bantuan Psikologi Kanak-Kanak 33,844.70
14. Keperluan Bayi 565,096.84
15. Pek Kebersihan 263,200.00
16. Bantuan Air Bersih 780,819.60
17. Pembinaan Tandas 39,950.00
18. Pembinaan Kelas Pembelajaran 86,010.00
19. Tajaan Halaqah Al-Quran 14,100.00
20. Bantuan Ramadan4Gaza 7,034,160.60
21. Bantuan Korban4Gaza 2,622,600.00
Jumlah Keseluruhan (RM) 28,481,297.49

Persatuan Cinta Gaza Malaysia berterusan menyalurkan bantuan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada warga Gaza yang terjejas, berdasarkan kepada keperluan semasa. 

Kelas pembelajaran yang digunakan untuk meneruskan aktiviti persekolahan anak-anak di Gaza
Antara penerima bantuan tepung gandum di Gaza, hasil sumbangan rakyat Malaysia. Tepung tersebut digunakan oleh warga Gaza untuk menghasilkan roti, makanan ruji mereka.
Antara projek terawal dilaksanakan di Gaza ketika serangan Israel berlaku, penyediaan makanan panas untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal dan terputus bekalan makanan.
Penyediaan perkhidmatan klinik untuk mereka yang memerlukan.
Antara penerima manfaat pek sayur-sayuran di Gaza

Sokongan rakyat Malaysia terus diharapkan untuk kita bersama-sama membantu mereka di Gaza. Serangan Israel ke atas Gaza masih tidak berhenti, kerana itu kami di Persatuan Cinta Gaza Malaysia berterusan menyalurkan segala bantuan yang diterima daripada rakyat Malaysia. 

Setahun Tufan al-Aqsa, terima kasih Malaysia!-MalaysiaGazette

Muhammad Syahmi Afiq

 

Muhammad Syahmi Afiq Mohd Shukari
Ketua Jabatan Advokasi dan Penerbitan Persatuan Cinta Gaza Malaysia

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here