Keadaan tanah runtuh di pelabuhan Manacapuru, negeri Amazonas, Brazil. Foto Xinhua

RIO DE JANEIRO – Kira-kira 200 orang dipercayai tertimbus selepas tanah runtuh di kawasan pelabuhan Manacapuru, negeri Amazonas, Brazil.

Bomba tentera berkata, tanah yang menyokong sebahagian Pelabuhan Terra Preta, yang terletak di tebing Sungai Amazon, runtuh tanpa diketahui sebabnya, lapor agensi berita Xinhua.

Walaupun kawasan itu sedang dalam pembinaan, pelabuhan berkenaan terus beroperasi sebagai pusat pengangkutan utama.

Dianggarkan lebih 200 orang sedang memunggah barang di lokasi ketika kemalangan itu berlaku.

Laporan awal mengesahkan seluruh keluarga di atas bot terapung tertimbus.

Selain itu, serpihan dari bot, paip, rumah, dan kenderaan telah ditemui di perairan Sungai Amazon.

Tanah runtuh itu boleh dikaitkan dengan hakisan tebing sungai, yang telah diburukkan lagi oleh kemarau teruk yang menjejaskan kawasan Amazon.

Majlis bandar raya Manacapuru mengeluarkan kenyataan memaklumkan pihak berkuasa bekerja secara intensif di tapak untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here