Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man

KUANTAN – Pengurusan hotel di seluruh Pahang tidak melaksanakan sesi daftar masuk pelanggan pukul 4 petang meskipun usaha memajukan industri pelancongan di negeri itu.

Exco Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man mengesahkan perkara itu dan sehingga kini tiada isu membabitkan isu berkaitan masa daftar masuk atau keluar hotel di negeri itu.

”Maklumat itu berdasarkan semakan yang dilakukan dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA).

”Setakat ini, tiada isu besar waktu daftar masuk dan keluar hotel di Pahang dan tidak berlaku daftar masuk pukul 4 petang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Malaysia International Tourism Expo (MIT) Pahang 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) di sini hari ini.

Tambah Yu Man, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan memaklumkan bahawa waktu daftar masuk dan keluar bergantung kepada permintaan pasaran.

Dalam perkembangan sama, katanya, MOTAC juga tidak boleh menentukan waktu setiap hotel kerana keperluan berbeza di setiap lokasi pelancongan.

Misalnya di Pulau Tioman, waktu daftar masuk dan keluar adalah bergantung kepada jadual perjalanan feri tiba atau bertolak dari pulau.

Sebelum ini, ada dakwaan segelintir hotel atau resort mahupun inap desa hanya membenarkan tetamu untuk melakukan daftar masuk (check-in) ke dalam bilik bermula pukul 4 petang dan perlu mendaftar keluar (check-out) sebelum pukul 11 pagi.

Sementara itu, Yu Man bekata, seramai 90 premium buyers dari 16 luar negara termasuk Malaysia hadir bagi sesi persidangan pelancongan dan sesi Business to Business (B2B) yang diadakan pada 8 dan 9 Oktober lalu di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC) Kuantan.

Antara negara yang telah terlibat termasuk UAE, Korea Selatan, Russia, Kenya, Turkey, Taiwan, China, Kemboja, Vietnam, India, Filipina, Thailand, Singapura dan Indonesia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast