Pathmanathan.

GEORGE TOWN – Bekalan air yang terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual (SWSI) di semua kawasan di Seberang Perai Selatan (SPS) termasuk Persiaran Jawi Golf Resort, Jalan Sungai Duri dan Taman Widuri telah pulih sepenuhnya hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K. Pathmanathan berkata, data yang direkodkan di Pusat Kawalan Bekalan Air Pulau Pinang menunjukkan tekanan air di kawasan kejiranan ini telah mencapai paras ‘10m head’ pada kedudukan meter PBAPP.

Jelas beliau, bacaan sedemikian untuk kawasan kediaman menunjukkan bekalan telah dipulihkan.

“Kemungkinan punca pemulihan yang tertangguh adalah penggunaan air yang sangat tinggi di SPT dan SPS berikutan SWSI.

“Air terawat yang dipam ke SPS tidak dapat sampai ke kawasan kejiranan ini kerana air tersebut digunakan oleh pengguna yang terletak di hulu (SPT dan SPS).

“Setelah tangki air dan takungan yang terletak di hulu diisi semula, isipadu air mencukupi pada tekanan yang betul sampai kepada pengguna di Persiaran Jawi Golf Resort, Jalan Sungai Duri dan Taman Widuri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut Pathamanathan berkata, PBAPP memohon maaf atas kesulitan dialami semua pengguna yang terjejas akibat SWSI Seberang Perai baru-baru ini.

“Kami menghargai kesabaran dan kefahaman majoriti pengguna yang terjejas,” katanya.

Semalam PBAPP dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sedang berusaha menyelesaikan isu air di tiga kawasan perumahan di Seberang Perai Selatan.

Tiga kawasan iaitu Persiaran Jawi Golf Resort, Jalan Sungai Duri dan Taman Widuri dikatakan masih mengalami gangguan bekalan air berikutan ia terletak di kawasan tanah tinggi dan hujung paip agihan (EoL). – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here