Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di tangga kesembilan dalam senarai Pemimpin dan Ahli Politik Islam Paling Berpengaruh di dunia.

Kedudukan itu mengikut laporan dalam edisi terbaharu The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslim 2025 tahun ini yang menyenaraikan individu muslim yang berpengaruh di seluruh dunia.

Anwar sebelum ini pernah berada pada tangga ke-22 pada Disember 2022 sebelum menaikkan kedudukannya ke tangga ke-11 dalam senarai yang dikeluarkan tahun lepas.

Bagi kategori yang sama ialah Presiden Indonesia dipilih dan juga Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto pada tangga ke-10 manakala Presiden Indonesia, Joko Widodo berada pada tangga ke-23.

Anwar juga menaiki dua tangga sekali gus meletakkan diri beliau di kedudukan ke-15 dalam kategori individu muslim paling berpengaruh dalam dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast