PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendapat izin daripada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa seorang bekas menteri berhubung siasatan Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) Tabung Haji.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, bekas menteri berkenaan akan berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyalagunakan harta dengan curang.
“Pertuduhan akan dikemukakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Isnin ini,” katanya semasa sesi wawancara di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.
Abd Halim turut mengesahkan, ia membabitkan pelaburan pajakan hotel bernilai lebih RM1.5 bilion di Makkah dan Madinah.
Lagi menyusul.
-MalaysiaGazette
















