Gambar hiasan.

KOTA TINGGI – Taktik licik dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dan memeras ugut dua warganegara asing membawa padah apabila ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman berkata, mangsa iaitu lelaki berusia 38 dan 40 tahun dan seorang daripadanya membuat laporan polis pukul 11.55 malam kelmarin.

“Mangsa dalam laporan polis tersebut mendakwa kejadian pemerasan dan dua lelaki lelaki tersebut melakukan pemerasan dan menyamar sebagai anggota polis di Bandar Tenggara di sini.

“Bertindak atas maklumat, sepaskan anggota dari Balai Polis Bandar Tenggara membuat tangkapan dua lelaki tempatan di Bandar Tenggara, semalam.

“Dua suspek berkenaan masing-masing berusia 20-an dipercayai terlibat dalam kes ini. Kerugian dialami mangsa RM1,300,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya membuat rampasan sebuah motosikal jenis Honda Wave 125 yang digunakan oleh kedua-dua suspek dalam melakukan aktiviti jenayah itu.

Hasil soal siasat awal, kedua-dua suspek terlibat dengan kejadian samun pada 22 September lalu di Jalan Pahlawan, Bandar Tenggara yang menyasarkan warga asing.

“Ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah,” ujar beliau.

Kedua-dua suspek, katanya, ditahan reman bermula semalam sehingga 11 Oktober ini selepas mendapat kebenaran Mahkamah Majistret di sini.

Yusof memberitahu, kes disiasat bawah Sekysen 384 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat.

Tambahnya, kes juga disiasat bawah Sekysen 170 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua taun atau denda atau kedua-duanya.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini agar tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi 07-883 7222.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here