Gambar Hiasan

CHERAS – Polis mengesahkan mempunyai bukti video dan gambar suspek yang ceroboh landasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni dan KL Sentral, malam kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, video itu akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat dan tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku terbabit.

“Usaha mencari identiti individu tersebut masih diteruskan. Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk mendedahkan individu tersebut,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, hari ini.

Artikel berkaitan: Polis buru suspek ceroboh LRT Pasar Seni

Landasan LRT Pasar Seni diceroboh punca tren tergendala

Sebelum ini, media melaporkan seorang individu menceroboh masuk kawasan landasan antara Stesen LRT Pasar Seni dan KL Sentral kelmarin sehingga menyebabkan berlaku gangguan operasi.

Susulan kejadian itu, polis menyiasat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di lokasi kejadian untuk mengesan pelaku tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here