Bekas pembantu penyelidik kepada Perdana Menteri, Muhammed Yusoff Rawther.- Gambar fail.

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther sekali lagi didakwa hari ini.

Muhammed Yusoff, 31,  didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan memiliki dua pistol tiruan pada bulan lalu.

Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, S Mageswary.

Mengikut pertuduhan, Muhammed Yusoff didakwa memiliki dua senjata itu di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini pada pukul 9.25 pagi pada 6 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mageswary tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes itu.

Pada 12 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram, dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 10.15 pagi pada 6 September lalu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here