BATU PAHAT – Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini sedang mencari waris Arshad Mohamad, 78, yang meninggal dunia di hospital berkenaan pada 10 September lalu.
Penolong Pegawai Penerangan HSNI, Norsyafika Sadri berkata, pesakit berkenaan dimasukkan ke wad pukul 4.50 petang pada 6 September lalu.
“Alamat terakhir si mati adalah di Parit Haji Moin Satu Mukim 2 Bagan, Batu Pahat, Johor.
“Pihak hospital meminta keluarga atau waris terdekat supaya menghubungi Unit Perubatan Forensik 07-436 3076 bagi proses pengurusan tuntutan mayat berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Sehingga kini, mayat berkenaan ditempatkan di Unit Perubatan Forensik HSNI kerana masih belum ada keluarga atau waris terdekat yang datang membuat tuntutan. – MalaysiaGazette