jalan lencong
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 jalan dan laluan di ibu negara akan ditutup dan dilencongkan bersempena sambutan Hari Sukan Negara peringkat Polis Diraja Malaysia 2024, esok

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, turut diadakan adalah acara Fun Ride 20 kilometer dan Fun Run 5 kilometer yang merupakan penganjuran polis Kontinjen Kuala Lumpur pada hari yang sama.

“Sehubungan itu, sebanyak 18 jalan akan ditutup dan dilencongkan buat sementara waktu bermula dari jam 5 pagi hingga 9.30 pagi pada Sabtu sebagai memberi laluan kepada acara-acara yang akan berlangsung.

“Antara jalan yang terlibat dalam penutupan berperingkat adalah Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail akan dilencongkan ke arah Jalan Hang Tuah dalam fasa pertama.

“Kenderaan dari Jalan Kampung Pandan (U-Turn) dilencong ke Bulatan Kampung Pandan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Rusdi, pada fasa kedua penutupan membabitkan persimpangan Jalan Sultan Ismail/Jalan Imbi ditutup dan kenderaan dari Kampung Pandan dilencongkan ke Jalan IMbi/Jalan Hang Tuah.

Katanya, Jalan Pudu/susur ke Jalan Imbi ditutup dan dilencong ke Jalan Imbi /kenderaan U Turn ke arah Jalan Pudu.

“Turut terlibat penutupan ialah Jalan Dewan Bahasa/Jalan Bukit Petaling (REMP ke Jalan Hang Tuah)(Restoran Tupai-Tupai) ditutup dan dilencongkan ke Jalan Hang Tuah/menghala ke arah Jalan Maharajalela/Jalan Loke Yew.

“Jalan Maharajalela/Jalan Hang Tuah (lampu isyarat) tutup dan dilencongkan ke Jalan Hang Tuah dan Jalan Dewan Bahasa / Hala ke Jalan Loke Yew; Jalan Sultan/Jalan Pudu (lampu isyarat) dilencongkan ke Jalan Sultan/Hala ke Jalan Tun Sambanthan.

“Akhirnya Jalan Tun Sambanthan/Jambatan Jalan Sultan Ismail (lampu isyarat) ditutup dan dilencong ke Jalan Tun Tan Cheng Lock/Hala kenderaan ke Jambatan Sultan Sulaiman,” ujarnya.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim dijadual merasmikan dan flag off kesemua acara tersebut bersama Rusdi dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Datuk Azry Akmar Ayob.

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan agar pemandu mematuhi semua tanda-tanda jalan raya dan mematuhi arahan pegawai polis yang sedang bertugas di lapangan.

“Pemandu juga sentiasa diingatkan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan lalu lintas di kawasan ini.

“Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee di talian 03- 2071 9999 atau hotline JSPT Kuala Lumpur 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” kata Rusdi.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here