Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Jabatan Perikanan (DOF) menafikan bahawa Ketua Pengarahnya Datuk Adnan Hussain telah mengeluarkan kenyataan serta mendakwa terdapat kedai makan yang membeli ayam sakit dengan harga murah atau mengutip ayam mati secara percuma.

DOF dalam kenyataan hari ini berkata orang ramai diingatkan agar tidak mempercayai maklumat tidak disahkan yang disebarkan melalui rantaian pesanan di platform WhatsApp atau media sosial lain.

“Isu berkaitan keselamatan makanan adalah penting dan harus dirujuk kepada sumber yang sahih dan berautoriti,” kata kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat jabatan itu.

DOF turut menegaskan, semua pihak yang terlibat dalam industri makanan perlu mematuhi garis panduan dan peraturan keselamatan makanan ditetapkan pihak berkuasa.

Sebarang dakwaan serius mengenai keselamatan makanan harus disiasat dan ditangani dengan sewajarnya, mengikut kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit memaparkan seorang pelanggan sebuah restoran dipercayai di Selangor yang tidak berpuas hati kerana terdapat ulat dalam hidangannya dan membuat aduan mengenai perkara berkenaan kepada pekerja restoran itu.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast