Empat pelajar yang dilaporkan hilang sebelum ini. #malaysiagazette

KUALA LUMPUR – Empat pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat yang dilaporkan hilang selepas keluar dari pusat itu Selasa lalu sudah ditemui.

Bapa kepada salah seorang pelajar Muhammad Abdul Razak bersyukur kerana anaknya telah ditemui di Bangi, Selangor.

Rasidi Othman berkata, Muhammad Abdul Razak dan tiga rakannya kini berada di bawah jagaan pihak polis.

“Saya harap tuan (media) dapat tolong uar-uarkan dan memberi tahu kepada semua bahawa kes pelajar yang hilang ini sudah selesai,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau menganggap apa yang berlaku adalah satu ujian dan perlu dilihat sebagai satu ‘hikmah’ daripada Yang Maha Esa.”Inilah nikmat hamba yang sentiasa bergantung kepada Yang Maha Esa dan mungkin ia ujian saya akan datang, kita tidak tahu.

“Malah daripada kejadian ini, kita dapat berkenalan atas semua aturan-Nya,” ujarnya.

Semalam media melaporkan, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail mengesahkan empat pelajar berkenaan yang berusia antara 10 dan 12 tahun hilang dari pusat tahfiz berkenaan.

Mohamad Lazim memberitahu, polis membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) dan siastan lanjut masih dijalankan berhubung kes itu.

Kehilangan pelajar bekenaan disedari penjaga kira-kira pukul 10.30 malam dan sehubungan itu, keluarga meminta orang ramai membantu mengesan mereka.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here