Roy Keane

LONDON – Pemain legenda Manchester United, Roy Keane mendedahkan beliau sudah berputus asa dengan Manchester United.

Keane,53, yang juga bekas kapten kelab itu memberitahu beliau tidak lagi mempunyai masa selepas United seri 1-1 dengan FC Twente dalam Liga Europa baru-baru ini.

Beliau turut menegaskan sudah hilang sabar selepas pemain tengah The Red Devils, Christian Eriksen mengakui kelab dari Balanda itu mempunyai azam yang tinggi untuk memenangi perlawanan.

Keputusan itu merupakan salah satu keputusan yang berakhir dengan kekecewaan dalam musim ini lebih-lebih lagi apabila kelab itu berhadapan dengan permulaan yang buruk dalam Kempen Liga Perdana Inggeris.

Warga Ireland itu turut mengkritik keadaan semasa Man United dan menganggap pasukan itu tiada mentaliti untuk bekerjasama.

“Selepas perlawanan dengan Twente, barulah pemain nak kata mereka berazam lebih tinggi. Ketika itu, saya sudah tiada harapan.

“Jika luahan itu hadir dari bilik persalinan, tidak pelik pengurus berdepan masalah dan sukar memenangi perlawanan bola sepak.

“Tetapi itulah Manchester United. Menang perlawanan dan akan kalah banyak perlawanan. Saya tidak pasti apa yang berlaku kepada pasukan tetapi saya berminat untuk mengetahui apa yang terjadi di padang semasa latihan,” katanya dalam podcast Stick to Football.

Keane menambah, kumpulan gergasi itu tidak sepatutnya kembali kepada Harry Maguire dan Eriksen sebaliknya membuat perubahan baharu.

“Mereka melepaskan Fred dan McTominay untuk melakukan perubahan tetapi kini mereka mengambil semula Maguire dan Eriksen dalam hujung-hujung musim liga.

“Saya tidak cakap masalah hanyalah daripada mereka. Tetapi, adakah anda fikir Maguire adalah jawapannya?.

“Kita perlu beri peluang kepada pemain baharu untuk turun beraksi supaya dapat membentuk kerjasama. Bagaimanapun, pengurus kelab degil dan tidak patut menggalas tanggungjawab itu,” tambahnya lagi. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here