Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri kelas al-Quran mempelajari sebutan makhraj, huruf hijaieyah dan hukum tajwid di surau Istana Abdulaziz di sini pada semalam

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri Kelas al-Quran bagi mempelajari sebutan makhraj, huruf hijaieyah hukum tajwid di surau Istana Abdulaziz di sini, semalam.

Kelas al-Quran tersebut merupakan cetusan ilham baginda bagi memuliakan amalan membaca al-Quran dan mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan hukum dan tajwid dengan betul.

”Kelas yang julung kali diadakan itu turut dihadiri pegawai dan kakitangan istana, kenalan baginda serta pelajar dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MNTP).

”Al-Sultan Abdullah kemudiannya menunaikan solat Maghrib, solat hajat dan tahlil sebelum menunaikan solat Isyak bersama semua yang hadir,” katanya menerusi kenyataan oleh Kesultanan Pahang hari ini.

Solat Maghrib telah diimamkan oleh Sabri Ishak manakala solat Isyak diimamkan oleh Pegawai Agama Pejabat KDPB Sultan Pahang, Leftenan Kolonel Anuar Mohd Ehwal. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here