Bot yang dirampas.

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Miri telah berjaya menahan sebuah bot penangkapan ikan asing (VNA) Vietnam pada kedudukan lebih kurang 174 batu nautika dari barat laut Tanjung Baram semalam.

Pengarah Zon Maritim Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, tangkapan dilakukan oleh sebuah kapal milik Agensi ini yang sedang melaksanakan rondaan di sekitar perairan Sarawak dalam Op Khas Raja Laut, Op Permai, Op Khas Naga Timur dan Op Tiris.

Menurutnya lagi, pada awalnya VNA ini tidak memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri apabila diarahkan untuk menghentikan vesel.

Melihat keadaan yang berlarutan, kapal Maritim Malaysia bertindak pantas memintas dan melakukan force boarding bagi menghentikan VNA tersebut.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan, VNA ini disyaki berasal dari negara Vietnam berdasarkan nombor pendaftaran yang tertera pada badan bot, reka bentuk dan ciri-ciri fizikal vesel.

Terdapat seramai 4 orang awak-awak dan seorang tekong yang kesemuanya adalah lelaki berusia dalam lingkungan 35 hingga 55 tahun disyaki berwarganegara Vietnam berdasarkan pertuturan yang digunakan dan kesemuanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Hasil keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai lebih kurang RM 1.5 juta.

VNA dan kesemua krunya telah diiring ke Pusat Tahan Vesel Zon Maritim Miri untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Kes disiasat di bawah peruntukkan Akta Perikanan 1985, jika sabit kesalahan tekong boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 1 juta manakala awak-awak denda tidak melebihi RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

Maritim Malaysia akan terus komited memperkasakan operasi di perairan negara bagi mengekang pencerobohan vesel penangkapan ikan asing serta tidak akan berkompromi ke atas mana-mana individu atau pihak yang melakukan kesalahan atau aktiviti jenayah di laut. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here