Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat.

SUBANG – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas tidak pulang dari sekolahnya di Jalan SS17 Subang Jaya, 10 Oktober lalu akhirnya berjaya ditemui semula.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Zaida Zainul Rizam, 16, ditemui dalam keadaan selamat pada Jumaat.

“Mangsa hilang itu telah ditemui oleh orang awam sekitar jam 4.30 petang Jumaat.

“Gadis berkenaan kemudiannya dibawa oleh orang awam ke Balai Polis Bukit Jelutong untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Wan Azlan, remaja berkenaan juga berada dalam keadaan sihat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sehubungan itu, beliau mengambil kesempatan menasihati ibu bapa agar sentiasa cakna, prihatin dan mengambil serius kebajikan dan keselamatan anak mengelak insiden seumpama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Dalam kenyataan Khamis lalu, Wan Azlan mengesahkan aduan tentang kehilangan gadis remaja bernama Zaida Zainul Rizam berusia 16 tahun itu pada 10.16 malam.

Kali terakhir remaja itu dilihat berada di sebuah sekolah menengah kira-kira jam 1.30 tengah hari sebelum dikhuatiri hilang.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here